banner_pp2009_300.jpg

Pengumuman


Salam kepada guru-guru yang saya hormati,

Sempena bulan Syawal yang bakal menjelang ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari meminta maaf sekiranya ada tersilap kata atau terkasar bahasa dalam saya ataupun rakan-rakan saya menjalankan tugas kami.

Dengan sukacitanya saya juga ingin memaklumkan bahawa Program Bahasa Pilihan Melayu (MLEP) Maktab Rendah Tampines (TPJC) akan menyambut ulangtahunnya yang ke-10 pada tahun hadapan. Pelbagai acara menarik bakal dianjurkan, termasuk Perkhemahan Pantun 2010.

Oleh itu, saya amat mengharapkan guru-guru dapat memberikan sokongan padu pada tahun akan datang seperti mana yang telah berikan pada tahun ini.
Selain itu, kami juga ingin mengumpulkan pantun-pantun karangan para pelajar yang menghadiri Perkhemahan Pantun 2009 sebagai satu aktiviti lanjutan. Saya harap guru-guru tidak keberatan untuk memberikan e-mel para peserta agar dapat kami hubungi mereka secara langsung dan kumpulkan pantun-pantun karangan mereka.

Segala kerjasama daripada pihak guru-guru saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sungai disusur sehari-hari;
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari;
Salah dan silap harap dimaafkan.


Salam Hormat,
Nur Hidayah Shamsuri
Pengerusi Perkhemahan Pantun 2009
Tel: 91258846




Cikgu-cikgu yang saya hormati,
Salam sejahtera.

Bagi pihak Jawatankuasa Perkhemahan Pantun 2009 (PP2009), saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu atas penyertaan pelajar-pelajar cikgu dalam PP2009. Alhamdulillah, segala kegiatan telah berjalan dengan lancar. Semoga pelajar-pelajar cikgu telah terhibur di samping menimba ilmu dan meraih pelbagai manfaat semasa perkhemahan tersebut. Gambar-gamabr PP2009 boleh ditonton di lelaman http://picasaweb.google.com/mleptpjc

Sebagai aktiviti susulan, pihak kami sedang merancang untuk menerbitkan sebuah buku kumpulan pantun. Setelah mempelajari tentang pantun, kami ingin menggalakkan para pelajar mengarang pantun dan pantun-pantun yang dikarang akan dimuatkan dalam buku tersebut. Buku kumpulan pantun yang terhasil akan dibahagikan kepada semua sekolah agar lebih ramai pelajar mendapat manfaat. Ini juga akan menambahkan lagi khazanah Melayu di Singapura, insya-Allah.

Tentang aktiviti susulan ini, kami akan menghantar surat rasmi kepada sekolah dan sesalinan kepada cikgu. Sementara itu, para pelajar cikgu digalakkan menyumbang seberapa banyak pantun yang mereka karang. Cikgu boleh e-melkan pantun-pantun mereka kepada kami dan kami akan muatnaikkan ke lelaman http://perkhemahanpantun2009.wikispaces.com

Hingga bertemu lagi, terima kasih kerana telah sama-sama menjayakan PP2009.

Salam hormat dan senyum selalu :-)

Nur Hidayah
Pengerusi PP2009

Salam sejahtera dan selamat datang ke lelaman Perkhemahan Pantun 2009 (PP2009). Di lelaman ini kami memuatkan segala maklumat tentang PP2009 yang akan berlangsung pada 21 Feb 2009 bertempat di Maktab Rendah Tampines dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kegiatan ini merupakan usahasama antara Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura(KGMS) dan Maktab Rendah Tampines(TPJC) dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).

Objektif
Sekolah yang mendaftar
Borang Penyertaan
Jawatankuasa
Buku Maklumat Peserta
Nota Bengkel
Atur Cara
Cenderamata Peserta
Galeri
Ucapan
Perkara-perkara lain
Maklum Balas
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura
Tel/SMS: 64407952 Faksimili: 64403521
E-mel: admin@kgms.org.sg Lelaman: www.kgms.org.sg